A- A A+
 Pengumuman :

HEBAHAN TERKINI  |SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA YB AHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL ATAS PELANTIKAN SEBAGAI MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL

Apa Yang Menarik

Terdapat pelbagai maklumat yang akan anda perolehi.

 

 
Aktiviti Terkini

PengumumanAktiviti PCKKMM

 
Keahlian

Daftar | Semakan

 
Galeri

Audio | Video

 

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli..

Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini..